Monday 6 December 2010

Jujurkah Kita???


Bismillah...Assalamualaikum...sedikit coretan untuk muhasabah diri dan semua ..
Wallahualam...semoga bermanfaat buat diri ana terutamanya..
                                    
Kita cukup pantang bila kawan yang kita percaya tidak jujur kepada kita dalam apa sahaja perkara. Apatah lagi yang menyembunyikan kebenaran dari kita. Allahuakbar...kemarahan di hati kita Allah saja yang tahu.

Sedarkah kita yang kita juga adalah penipu? Penipu besar,lebih besar dari insan-insan yang jahil tentang agama di luar sana. 

Kita sebagai golongan yang faham tentang agama,golongan yang Allah pilih untuk menerima hidayah dengan kurniaan untuk memahami isi kandungan Al-Quran, kitalah yang patut membawa cahaya Islam ke dalam keluarga kita mahupun kawan-kawan kita. Bukannya menjadikan latar belakang keluarga kita wahupun rakan-rakan kita sebagai halangan untuk kita terus dalam dakwah dan tarbiyah. 

Jika kita futur,jika kita berputus asa,jika kita lari dari dakwah dan  tarbiyah...maka kitalah orang yang bersalah...kitalah orang yang menyembunyikan kebenaran...kitalah orang yang penipu!!! Mungkin kitalah penyebab ahli keluarga kita dan rakan-rakan kita tidak menerima sentuhan Islam yang sebenar. 

Nauzubillah... Jika kita redha dengan ahli keluarga kita  jauh dari agama,maksudnya kita redha ahli keluarga kita di azab  oleh Allah.Sedangkan hati kita cukup sakit dan luluh jika mereka dijentik sedikitpun,apatah lagi diazab dengan azab yang kita sendiri pun tidak mampu membayangkan kesakitannya.  

Nauzubillah..nauzubillah..nauzubillah...

Ali Imran 3: 187
“Dan( ingatlah),ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab(iaitu) ,” Hendaklah kamu benar-benar menerangkannya (isi kitab itu ) kepada manusia,dan janganlah kamu menyembunyikannya,” lalu mereka melemparkan (janji itu) kebelakang punggung mereka dan menjualnya dengan harga murah .Maka itu seburuk-buruk jual beli yang mereka lakukan. “

Kerana Islam adalah agama untuk seluruh manusia bukan hanya untuk kita...^_^
Wallahualam...

Saturday 27 November 2010

Salam Permulaan..

Assalamualakum semua.

Alhamdulillah..semalam baru bercakap pasal salji..hari ni,Allah dah memberikan kita nikmat yang kita nantikan especially budak-budak first year. Subhanallah, first time tengok struktur sebenar snow..rasa sangat teruja. Before ni ingat snow tu macam ABC je.heeee. Rupanya, strukturnya sangat menarik dan cantik. Subhanallah!!

Hari ni tetiba rasa nak menulis pulak. So,saya mulakanlah dulu berposting kat Blog Wifi ni.. :)
Nak berkongsi sikit apa yang saya dapat masa daurah kat Cardiff.

Pernah tak rasa malas nak belajar? Pernah ke rasa muak belajar? Dan pernah ke rasa macam perlukan something or someone untuk bagi kita semangat or motivasi untuk belajar? Tak tahula pasal orang lain,tapi saya selalu je rasa macam ni. Astaghfirullah. Teruk betul! Bila nak dekat exam-exam ni, mesti malas nak baca-baca nota. Kalau time rajin tu,memang tahap GIGA rajinnya. Bila malas tu,Ya Allah,hanya Allah jela tahu. Buatla benda lain yang nampak lebih menarik..main game ke,tengok cite ke..pape jela. Dan saat yang paling dahsyat saya alami perasaan-perasaan macam ni ialah bila A-Level dulu. Dengan gap berhari-hari...examnye sebulan dengan berbelas-belas paper lagi. Rasa macam nak muntah je! Pastu..mulala duk main Burger Shop,tengok Bloody Monday and macam-macam lagi yang seumpamanya.Tapi,Alhamdulillah masih mampu meneruskan perjuangan sampai ke titik akhir. Syukur..syukur.. 

So..apa nak buat bila tak ada semangat nak study? Apakah motivasi terbaik untuk kita?
Motivasi ni ada banyak caranya. Antaranya..kita jadikan sesuatu perkara yang kita suka tu sebagai matlamat untuk kita bila kita dah habis study. Selagi tak habis..selagi tu tak dapat benda tu. Contohnya,macam kisah kenalan saya sorang ni. Dia sangat sukakan satu jenis coklat (tak ingat namanya). So..untuk bagi dia satu semangat untuk belajar..dia letakkan coklat tu depan mata time study. Tapi..aim dia,bila dah habis baca nota untuk chapter-chapter tertentu,baru dia belasah coklat tu. Selagi tak habis..JANGAN MAKAN COKLAT TU! Haaa..jadi,bolehla try kalau nak. Sape suka tido..jadikan tido tu matlamat kita. Saya pernah try..boleh jalan sekejap je.hahaha

Tapi sedar ke tak,sebenarnya ada satu motivasi yang takkan pernah hilang dan takkan pernah mengecewakan kita? Iaitu..motivasi belajar KERANA ALLAH! Tak cukup lagi ke motivasi tu bila kita buat sesuatu tu untuk Allah,Maha Pengasih,Maha Penyayang,Maha Pemurah. Tak cukup lagi ke bila kita belajar ini untuk dapat rahmat Allah..untuk dapat sesuatu yang tiada nilainya,untuk dapat sesuatu untuk bekalan kita ke hari akhirat?
Masa daurah Cardiff,saya kena kaji pasal usul empat. Dan soalan ini tetiba disoalkan oleh seorang ahli group saya. Katanya..kalau kita belajar dan jadikan benda lain sebagai motivasi kita untuk belajar sedangkan kita perlu belajar hanya kerana Allah..adakah itu termasuk dalam salah satu usul 4? Emmm...wallahua'lam. Cubala kita fikir-fikirkan...

Jadi,konklusinya...belajarlah kerana Allah dan itulah motivasi terbaik kita. Jangan rasa malas or benci untuk study. Kalau kita rasa malas untuk study,kenapa kita tak rasa malas untuk sembahyang? Bukankah sama je..kita buat dua-dua perkara tu untuk Allah dan kerana Allah. Jadi..kalau kita boleh untuk tidak malas sembahyang..maka janganlah kita malas untuk study. Once kita dah rasa malas..ingat balik yang kita buat semua ni kerana Allah. Wallahua'lam. Sama-samala kita amalkan.
Jadi..kepada semua..belajarla bersungguh-sungguh seperti mana kita bersembahyang dan buat ibadah lain kerana Allah. Sama-samala kita usaha. Saya pun nak pergi belajar untuk exam next week..tapi sebelum tu nak gi makan dulu.heeeee. 

Wassalam~~~
Kalau kita cintakan Allah..maka jadikan itu motivasi kita..