Monday 24 January 2011

Singkapan tabir surah Al-Masad

Al-Masad bermaksud tali serabut..tali serabut ini pula ialah bahan bakar dekat neraka nanti..

InsyaAllah,hampir orang tahu surah ni mengisahkan Abu Lahab dan isterinya yang dilaknat..kenapa ya???

Sebabnya,Abu Lahab ialah orang pertama yang menolak dakwah nabi secara terang-terangan ketika di bukit Safa’..Abu Lahab itu adalah bapa saudara yang paling sayang pada nabi sebelum kerasulan..buktinya,ketika kelahiran nabi dulu,Abu Lahab telah memerdekakan hamba yang paling dia sayang sbg meraikan kelahiran baginda...

Selepas dakwah,kaum musyrikin terbahagi kepada 2 iaitu mereka yang ingin masuk Islam tapi ragu2 dan mereka yang menolak untuk masuk Islam.

Sementara kaum muslimin juga terbahagi kepada 2 iaitu mereka yang telah benar yakin dan mereka yang 
tiba2 jadi ragu.

WHERE ARE WE????? (tepuk dada,tanya iman...^_^ )

Mereka yang ragu2 dari musyrikin dan muslimin ini ialah golongan 50:50 (fifty-fifty)

Golongan 50:50 ini ada banyak sebab kemunculannya..salah satunya pengaruh orang tersayang..Bagi Rasulullah,meskipun Abu lahab bapa saudara yang tersayang tapi penolakan Abu Lahab terhadap dakwahnya tidak mematahkan semangatnya..sedangkan baginda terus berdoa agar Abu Lahab diberi hidayah..

Tapi, tak semua orang macam Rasulullah..ada orang yang nak berdakwah tapi bila tgk kwn2 dia x nak,dia pun batalkan niat dia..kita semua dah biasa lihat kan fenomena ini??Tapi,kita semua kenalah contohi Rasulullah..jgn putus asa bila org yg kita sayang x nak terima dakwah atau teguran kita...sebab hidayah bukan milik kita ..ianya milik Allah...hati manusia Allah yang pegang..kita hanya boleh berusaha..jadi,kena prepare hati untuk terima yang even org yg paling dekat dgn kita pun maybe akan tolak dakwah kita.. Mungkin tentangan itu datang dari ibu atau bapa kita...atau mungkin suatu hari nanti suami kita. Nauzubillah...

So,apa yang perlu kita buat sekarang jika kita menjadi beberapa golongan  yang di mention tadi?

1)Jika kita orang yang x nak merubah diri kepada kebaikan dan tak nak kepada Islam,pastikan diri anda   tidak menghalangi orang yang nak terima Islam dan inginkan kebaikan (eg: "tak payahla pergi ceramah  tu,baik ikut aku pergi shopping..")
....jangan jadi macam Abu Lahab,menghalangi orang masuk Islam..sampai dimurkai Allah...

2) Bagi yang ragu2 pulak..pastikan diri kita tidak main ikut je bila kawan2 ajak kembali ke jahiliyah tapi dapatkan nasihat orang lain dan try cari alternatif  untuk tarbiyah diri serta membawa diri kembali kepada jalan yang Allah redhai.

3) Dan untuk yang pasti dgn Islam dan yakin dengan kebenaran Islam..pastikan diri kita berada di jalan yang betul (berlandaskan Al-Quran dan Sunnah) serta berkumpullah dengan orang2 soleh yang boleh menegur dalam kesalahan serta meraikan dalam kebaikan.

Surah ini menceritakan tentang halangan dari orang yang tersayang terhadap perubahan diri kita. Kadang2 kita susah untuk berubah sebab pengaruh orang sekeliling (..nanti apa org kata pulak kalau aku tiba2 jadi baik). Di sinilah keikhlasan kita untuk berubah teruji...sama ada kita benar2 inginkan kebaikan atau inginkan perhatian. 

Jika kita berhadapan dengan pilihan antara syurga dan neraka. Semua orang pasti inginkan syurga...
Namun begitu tidak ramai yang beramal dengan amalan ahli syurga...

Renung2 kan...dan selamat beramal...^_^ 


-Semoga Allah merahmati ustaz dan yang meneruskan menyampaikan rantai ilmu ini.



Singkapan tabir Surah Al-Ikhlas


Al-Ikhlas...hmmm...kenapa nama surah ni surah Al-Ikhlas sedangkan tiada satu kalimah ikhlas pun dlm surah ni???

Jawapannya ialah ikhlas tu adalah buah kepada tauhid..sebab tu surah ini menekankan tentang akidah tauhid kpd Allah.

Tauhid=mengEsakan Allah (ayat 1)
Tidak beranak dan tidak diperanakkan,tiada generasi maka maksudnya ialah Allah tidak mati dan tiada pewaris......bila Allah x pernah diperanakkan maka Allah itu memang wujud dan xpernah ada waktu yang Allah itu tiada...(ayat 3)

Semua ni adalah sifat-sifat yang membezakan Allah dengan makhluk-Nya..

Maka dengan akidah yang mantap pada Allah,kita akan ikhlaskan niat kita dlm semua perkara kerana Allah..dengan ini,Allah akan sentiasa membantu kita..(ayat 2)

Dengan niat yang ikhlas dan rasa takut pada Allah yang wujud dari tauhid tadi,kita akan terus istiqamah dalam amalan kita sbb takut pada kemurkaan Allah..Kita juga nak kejar redha Allah..(mardhotillah)..

Nak digambarkan betapa secret nya ikhlas ni sampai malaikat sendiri pun tak tahu. Seseorang yang ikhlas hanya dia dan Allah je tahu. (hehehe...sukar nak gambarkan kan?)

Basically,surah ini menegaskan tentang akidah yang mantap dan niat ikhlas kerana Allah dalam merubah diri ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan..Bila kita ikhlas berubah kerana Allah,maka Allah akan bantu mudahkan urusan tersebut...(sila lihat tafsir surah Al-Lail , surah ke 92).

 Wallahualam..
-Semoga Allah merahmati ustaz dan yang meneruskan menyampaikan rantai ilmu ini.


Sunday 23 January 2011

Didik anak/ Didik diri??

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah.

"Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?"

Jawab bapa Imam Abu Hanifah...
"Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan"

***************

Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik?

*************

Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah
dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sdh dididik sejak dari kandungan lagi.

acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.
Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

P/S: maaf krna ini adalah copy paste (edit sikit) dari sebuah artikel. terasa sgt menarik utk dishare :)

Wallahu'alam.

Thursday 20 January 2011

Singkapan tabir Surah Al-Falaq

Dari surah An-Nas,kita dah tengok pelbagai halangan dari dalam diri kita iaitu hati( hasutan syaitan) tapi dlm surah ni pula kita tengok ujian2 dari luar.

Ujian-ujian dari luar yang disebut dalam surah ni ialah:

1)kejahatan malam
2)kejahatan perempuan
3)Hasad dengki

Sebab Allah memberi ujian ini ialah untuk beri ujian pada kita seperti yang disebut dlm 
surah Al-Ankabut: 2-3

 " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" [29:2]

"Dan sungguh ,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." [29:3]

Maka,surah ini mengajar kita meminta perlindungan dari Allah,yang telah menciptakan semua ujian itu tadi.

Kejahatan malam  ini mengisahkan zaman Rasulullah dulu kan xde lampu jalan..so,semua orang sgt takut untuk keluar malam. Dan pelbagai jenis kejahatan kebiasaannya malam menjadi waktu target untuk beroperasi.

Tapi,di zaman kita yang jalan-jalan sgt terang di waktu malam,kejahatan malam itu ibarat waktu2 kita x fokus dan terlupa sejenak pada Allah..contohnya waktu kita lalai,suka2,seronok2 bersama family  n rakan2...study week..dan sebagainya.

Surah ini merupakan motivasi luaran untuk  berubah dari jahiliyah dan masuk ke dalam Islam keseluruhannya..sebab,kalau ada ujian dalaman yang kita belajar dr surah sebelumnya mesti ada ujian luaran juga yang perlu kita hadapi seperti dalam surah ini.

Kalau solution untuk ujian dalaman tadi ialah memenangi hati dgn akal kalau ujian luaran pula solutionnya ada macam2..cthnya kalau kita mengabaikan makanan rohani time exam..kita carilah masa untuk ijlis bina nukman saah(duduk dan beriman sejenak) seperti baca Quran,dengar ceramah,revise buku2 usrah dan sbagainya..

...kalau ada masalah yang kita x dpt selesaikan seorang diri,carilah rakan2 yang boleh memberikan nasihat membina dan membawa kita kembali kepada jalan-Nya...

.NAMUN...biar apa pun masalah kita solution terbaik adalah kembali kepada ALLAH...^_^ 


Wallahualam..

-Semoga Allah merahmati ustaz dan yang meneruskan menyampaikan rantai ilmu ini. 

Singkapan tabir Surah An-Nas



Surah ini menceritakan tentang manusia dan syaitan serta hubungan diantara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan Allah.


Dalam surah ni dinyatakan syaitan sentiasa membuatkan hati kita was-was.

Jenis syaitan ada dua iaitu :-
1)Jin
2)Manusia(hasutan orang dan nafsu diri) 

Tapi,Allah sebut bergantunglah pada Aku...Akulah Raja Manusia,Tuhan Manusia dan yang disembah manusia sebab Aku mampu hindarkan manusia dari gangguan syaitan...

Manusia terdiri drpd 3 komponen iaitu:-
1) Akal,
2)  Hati
3) Jasad
Dan yang paling utama antara ketiga-tiga ini ialah hati..(hadis 6)

Maka,untuk lawan syaitan dan bergantung pada Allah kita kenalah memenangi hati kita sebab hati tentera syaitan. Syaitan akan serang hati kita habis-habisan.Cara untuk lawan syaitan ni pula kita kena gunakan akal sebab akal tentera Allah..gunakan ilmu yang kita ada untuk tentukan baik buruk sesuatu perkara itu. 
Sekiranya kita kurang ilmu,  timbalah ilmu dari sumber2 yang sahih dan bertanya pada yang tahu.
Untuk kuatkan hati kita dari serangan syaitan yang bertubi-tubi ni pula kita gunakan senjata zikrullah..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...Laailahaillallah...

Peperangan di antara akal dan nafsu.

Siapa yang dapat memenangi hati,dia akan dpt mengawal tindakan..kalau syaitan yang menang??
Nak memenangi hati kita kenalah belajar,menguatkan hati dengan mengingati Allah..dan kalau kita tewas pada syaitan bukan salah orang di sekeliling kita namun berbalik kepada salah diri sendiri yang rela dekatkan diri dgn syaitan..

Surah ni memberi motivasi untuk berubah kearah kebaikan dan tinggalkan jahiliyyah.Selalunya dalam proses nak berubah kita akan menghadapi pelbagai dugaan dan ketika inilah syaitan giat bekerja..

Wallahualam..

-Semoga Allah merahmati ustaz dan yang meneruskan menyampaikan rantai ilmu ini.