Tuesday 1 March 2011

:: CreaTe -> iNvoLvE -> SprEaD ::



Alhamdulillah diberi peluang dan kesempatan untuk join MABIT Brummies semalam. Setelah sekian lama tak berkumpul bersama di bawah satu bumbung, akhirnya ditakdirkan untuk bersama-sama mengimarahkan suasana Islam di bumi Birm semalam.

- : MABIT MUSIM BUNGA ~ "HaZuMi In My HeArt" :-

Apakah maksud di sebalik tema MABIT yang dijalankan semalam? WAH! Hebat betul rasanya MABIT kali ini..siap bertema-tema and siap ada promotion kat dlm event FB lg. Bagus! Menggunakan teknologi ke arah yang benar.heeeee.
Jadi, tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua pihak yang menjayakan MABIT semalam. Walaupun singkat dan sempoi..tapi insyaAllah banyak pengajaran dan pengalaman yang menarik untuk dikongsi dan dijadikan pegangan dalam kehidupan. ^_^

OK! Back to the question. Kenapa tema "Hazumi In My Heart" yg menjadi pilihan untuk mabit kali ini? "Hazumi" tu bermaksud taman or bunga dalam bahasa Jepun. So, temanya lebih kurang bermaksud, "Dalam Hati Ada Taman". So, apa kaitannya dengan MABIT kali ni? Macam-macam jawapan yang diutarakan semalam. Ada yang mentafsirnya sebagai hati yang hidup : bila ada taman dalam hati, maka berbunga-bungala hati kita dan berkembanglah kuntuman bunga itu seperti mana bunga yang bakal berkembang di musim Spring nanti. Tapi mesej sebenarnya yang ingin disampaikan ialah tentang PERUBAHAN dan ISTIQAMAH!!!

Kalau kita melihat alam sekeliling kita, pada waktu Winter..semua pokok nampak mati dengan ranting-ranting sahaja sebagai peneman setia. Tapi, bila nak masuk musim Spring, pokok-pokok yang dahulunya hanya berantingan, kini akan penuh dengan debunga-debunga mekar. Rumput yang kehijauan, akhirnya akan dihiasi warna-warna ceria. Itulah perubahan yang berlaku pada alam kita dengan kuasa dan izin Ilahi.
Jadi, setanding dengan perubahan alam di sekeliling kita, maka matlamat untuk BERUBAH perlulah disemat dalam hati kita. Jika dulu, hati ini dipenuhi jahiliyah yang menghalang kita mendekatkan diri kepada Allah, diharapnya HATI YANG MATI itu mampu untuk hidup kembali dengan melakukan satu titik pembaharuan dalam hidup kita. Penuhilah hati yang kosong itu dengan tanaman indah hanya dengan kesedaran dan keazaman yang jitu untuk berubah ke arah yang lebih baik!
Sebagai manusia, kita sedar dan sering diingatkan untuk terus berubah ke arah yang lebih baik. Dan ramai manusia yang berjaya berubah..mungkin dalam jangka masa yang pendek,mungkin juga mengambil masa berabad lamanya. Perubahan itu tidak mustahil dan mampu dilakukan..tetapi ada sesuatu yang perlu kita selitkan bersama. Iaitu ISTIQAMAH DALAM PERUBAHAN! Manusia mudah untuk berubah tetapi kita sukar untuk istiqamah dengan perubahan yang dilakukan. Adalah lebih baik untuk kita cuba berubah sedikit demi sedikit tetapi dengan penuh keazaman dan istiqamah dari kita terus berubah 360 degree tetapi akhirnya kita kembali kepada kejahiliyahan kita. Sedangkan dinding perlu dipaku berkali-kali untuk menghasilkan lubang yang dalam, apatah lagi hati manusia yang sangat sukar dijaga dan dikawal.

So..sekarang apa pulak kaitan tajuk post ini dengan PERUBAHAN dan ISTIQAMAH??

-: Create -> Involve -> Spread :-



Sebagai satu peringatan and penerangan ringkas.....
Rumah yang terbakar takkan terpadam apinya jika kita tidak meminta tolong pada orang ataupun menelefon bomba. Api itu juga akan lambat terpadam jika kita tidak bersama-sama orang lain untuk memadamkannya. So, samalah juga dengan tugas kita dan tanggungjawab kita pada Allah. Jangan kita menjadi manusia yang hanya berdiam diri, menantikan kemenangan Islam tanpa perlu berusaha ke arahnya. Dan bila Islam mula menang, kita pula yang terhegeh-hegeh untuk menjadi sebahagian darinya. Wujudkan bi'ah solehah dan jadilah ahli yang sentiasa berusaha untuk mengembangkannya agar lebih ramai lagi yang akan bersama-sama kita mencari keredaan Allah s.w.t.

"Berubahlah ke arah yang lebih baik dengan penuh istiqamah. Dan jangan biarkan iman kita goyah dan berubah-ubah mengikut musim-musim yang melanda. Biarkannya terus berkembang dan teguh dengan ketakwaan dan keyakinan kepada Allah Yang Esa...