Saturday 12 February 2011

Kita BERTANYA...Al-Quran MENJAWAB!!

Salam semua..
Setiap hari kita mungkin akan diuji oleh Allah. Mungkin sikit..mungkin banyak.. Mungkin ujian yang pahit dan mungkin juga ujian yang manis. Kadang-kadang kita sedar kita sedang diuji..kadang-kadang kita lupa yang Allah akan sentiasa menguji hamba-hambaNya.
InsyaAllah sedikit kata-kata semangat untuk dikongsi bersama. Bukan kata-kata saya..Bukan juga kata-kata orang ternama. Tapi ini kalimah-kalimah Allah untuk hambaNya. Everything is in there! Bila kita diuji..mesti banyak persoalan dan perasaan yang hadir dalam fikiran dan hati kita. And..setiap persoalan itu...ada disediakan jawapannya~~~ ^_^


KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

:: Surah Al-Ankabut:2-3 ::

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mahu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

:: Surah Al-Baqarah:216 ::

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

:: Surah Al-Baqarah:286 ::

RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.

:: Surah Al-Imran:139 ::

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

:: Surah Al-Imran:200 ::

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

:: Surah Al-Baqarah:45 ::

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka…..

:: Surah At-Taubah:111 ::

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal.

:: Surah At-Taubah:129 ::

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

……dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir

:: Surah Yusuf :12 ::


SUBHANALLAH! Ini baru jawapan untuk persoalan tentang "ujian". Dah terang lagikan bersuluh..sememangnya Al-Quran itu sudah cukup lengkap untuk kita. Cukuplah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sandaran. Semoga kita tetap menjadikan keduanya pegangan dan bekalan kita untuk bertemu Allah kelak..





No comments: