Thursday 3 February 2011

Sebagai ingatan...

Kaitkan kisah ini dengan situasi kita....... ^_^

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu lalu berkata, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Emmm..seronok rasanya kalau dapat jadi macam anak kecil ni. Cuba untuk melaksanakan janji dia pada ibunya dengan sebaiknya. Walaupun payah, tak akan pernah berputus asa. Terus-terusan menjadi anak yang BAIK..yang MENURUT PERINTAH!

Kita...??? Mungkin emak..mama..ummi..mummy kita tak pernah minta kita menjual kuih. Tapi..yang pasti, ada satu TUGAS dan SURUHAN yang perlu kita LAKSANAKAN! Sebarkan KEBENARAN..janji kita pada Allah dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Walau PAYAH..walau BERAT..no matter what..kita perlu sentiasa THABAT!!

Jangan sesekali menyerah dan berpatah balik..kerana syaitan itu lebih cekap dan bersungguh kerjanya dari kita. Sekali kita berpatah..mungkin sukar untuk kembali semula. Jadi..teruskan perjalanan ke arah yang benar. Kalau terjatuh, peganglah tiang. Kalau hampir tersungkur, berpautlah pada kawan. Kalau terasa penat..ingatlah bahawa janjiNya pasti...

Sama-samalah kita perbaiki diri..

3 comments:

Nur Syahadah said...

Subhanallah...jazakillah for the post. Muhasabah terbaik di hujung2 minggu ni...^_^

hijau said...

Subhanallah..masyaAllah..jazakillah Adek Nada for the tazkirah. ^_^

Nur Syahadah said...

mmg kite disarankan untuk bersedakah malah sedekah jariah merupakan bekaln kite apabila bertemu menemuiNYA....
tp stu yg perlu kite sentiasa ingt islam x pernah mnyuruh kite untuk mminta sedekah
jd berusaha lah dlm keadaan ape jua sbb bukan hasilnya yg mnjdi pandangan Allah swt tp usaha dan tawakal yg akan diberikan ganjaran.....