Monday 11 April 2011

Kerana Syurga itu mahal harganya...

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba
terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah
datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang
bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya
ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam.
Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah
menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan.

Waktu kaumnya
menyerunya kepada Islam, ia menjawab,
"Kalau aku tahu kebenaran yang aku
kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengahtengah
kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah
tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang
bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. ,
menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan
perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula
rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui
peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di
kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju
sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar
memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh
mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia
jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya,
sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau
mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu
berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan
pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku
dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi
sebagai pahlawan syahid.

Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda
s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan
kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar
dugaan mereka.

Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith
Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang
yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah
s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung,
ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah
seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan
lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba
melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui
Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid
yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai
orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka
syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin
syurga bagi orang seperti Amar ini.

No comments: