Friday 17 June 2011

"Abi, bila kita akan berehat?"

"Abi, bila kita akan berehat?"

Anak lelaki Imam Ahmad bin Hanbal, Abdullah bertanya kepada ayahnya setelah memikirkan penat lelahnya selama ini dalam menjalani hidup sebagai seorang insan.
Imam Ahmad bin Hanbal membalas, " Apabila kita melangkahkan kaki ke Jannah,"

Subhanallah! Mudah,ringkas dan tepat sekali jawapan yang diberikan. Tidak mampu kita bahaskan lagi.

Setiap hari kita bekerja, terus belajar, terus memikirkan masalah-masalah yang melanda, tidak kira ianya hal peribadi mahupun hal lain. Sampai satu tahap, pasti kita akan berasa penat, malas. Tak mampu untuk teruskan kehidupan dan inginkan segalanya berakhir. Tetapi, bilakah segala kepenatan dan usaha akan berakhir?
Adakah apabila kita mati?
Adakah apabila kita mendapat kejayaan atas segala usaha kita?
Adakah apabila kita hidup bahagia bersama yang tersayang?
Adakah apabila kita hidup mewah, dengan harta yang melimpah?

TIDAK! Kita tidak akan pernah mampu untuk berehat walaupun sesaat mahupun sedetik di dunia. Rehat yang sebenarnya adalah apabila kita mampu, dengan yakinnya melangkah ke pintu syurga, dengan disambut mesra oleh para malaikat.

Bila kita berasa penat dan lelah, fikirkan apakah tujuan sebenar hidup kita di dunia?
Jika kita teruskan hidup kerana Allah, maka tambahkan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi setiap kesulitan dan kesusahan dalam kehidupan. Agar kita mampu menuju Allah dengan bekalan yang secukupnya.
Namun, sekiranya kita hidup hanya untuk dunia, maka kepenatan menjadi hadiah yang indah buat kita. Dan ingat, keindahan itu hanya kekal di dunia, namun belum tentu kita mampu mengecapinya untuk jangka masa panjang di akhirat kelak!

Satu point menarik dalam cerita ini, si anak bertanya, "Abi, bila KITA akan berehat?"
Kenapa tidak ditanya, "Abi, bila SAYA akan berehat?"
Subhanallah! Dari satu persoalan ringkas, kita dapat melihat sendiri bagaimana watak dan perilaku si anak. Dia tidak hanya memikirkan kesenangan dan keselesaan dirinya sahaja, tetapi dia tetap memikirkan kesejahteraan orang di sekelilingnya.
Sifat dan pemikiran sebeginilah yang patut ada dalam diri kita. Kita ingin REHAT yang berpanjangan di akhirat kelak, namun jangan hanya memikirkan kesenangan dan kebahagiaan diri kita sahaja. Don't be selfish in working towards Allah. Remember all the people around us. Work together towards the final judgement!


Masalah umat zaman ini, bukannya kita terlalu penat, tetapi kita sentiasa berehat. Kita sudah berehat terlalu lama, kita sanggup melakukan apa sahaja untuk BEREHAT! Sekarang tiba masanya untuk kita bangkit semula. Teruskan perjuangan seperti para sahabah. Terus berjuang, bekerja, bukan untuk keindahan di dunia semata, tetapi untuk mengecap nikmat di akhirat kelak. Bila penat, tetap bersemangat meneruskan usaha. Bila kecewa, tetap bersabar dan bersyukur atas segala takdirNya. Bila kita lemah, kita meminta pertolongan dan memohon kemudahan dari Allah semata. Hanya Allah tempat dituju dalam apa keadaan sekalipun. InsyaAllah...

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..
Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH..

No comments: