Tuesday 4 January 2011

-: PeNgaLaMan Yg MeNgaJar ErTi HiduP :-

Salam semua.

Salam TAHUN BARU pada semua. Alhamdulillah,dapat juga kita merasa dunia 2011.hehe. Bila masuk tahun baru je,mesti orang tanya pasal azam kan? So,dah ada azam tahun baru?? InsyaAllah kita bukan hanya tanam azam bila tahun baru..bila Maal Hijrah. Tapi, kita kena sentiasa tanam azam baru setiap hari and setiap ketika. Sebab kita perlu perbaiki diri dari semasa ke semasa kan. So, jangan tunggu tahun baru,then barula kita nak listkan azam itu ini. Tapi, cuba listkan azam setiap hari kita bangun dari tidur. Supaya, kita tak hanya menjadi diri kita yang dulu, tapi kita cuba untuk menjadi diri kita yang baru, yang lebih baik. INSYAALLAH. Ini pun nasihat untuk diri sendiri juga. ^_^

Bila dah ada yang baru..yang lama jangan dilupakan. Betul tak??heee. So, just nak share apa yang saya dapat selama 'berjalan-jalan' merantau sebahagian daripada dunia ni. Pengalaman yang saya dapat semasa menjadi traveller dengan bawa beg BESAR punya.hehe.
Alhamdulillah,tercapai juga satu cita-cita untuk pergi Italy. Terasa sangat nak pergi Italy sebab mama,baba and abang asyik promote Italy je lepas diorang balik merantau dua tahun lepas. So,atas dasar itu,saya and kakak pun nak rasa apa yang BEST sangat kat Italy. And.YURP!! Memang satu negara yang best untuk dilawati.hehe. Tapi, bila nak pergi sana, kena belajar cakap Italy at least sikit yer. Memang patut belajar. Diorang ni memang mostly tak tahu cakap Inggeris. So, daripada fully guna bahasa isyarat,betterla ckp sepatah dua and guna bahasa isyarat.heeee.

OK! Back to the topic. Lepas gi negara orang ni,baru saya sedar betapa BAGUSnya Malaysia. At least orang Malaysia ramai juga boleh cakap Inggeris walaupun kita tak semasyhur Italy. And,bila kat negara orang ni,baru terasa betapa nikmatnya tinggal di Malaysia. Kat sana, 3 euro,setakat pizza sekeping. Kat Malaysia,RM3,boleh makan sepinggan nasi mamak yang sangat mengenyangkan. Bila reflect kat diri sendiri,saya dapat belajar yang kita tak boleh buat perbandingan dengan mata kasar. Sebab,realitinya,kita ada kelebihan yang orang lain tak ada. Kalau kita nak bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang lebih berilmu contohnya,and then kita merasa rendah diri sebab kita tak setanding dia. But,as people said,don't judge a book by it's cover. Cuba kenal dengan orang tu,then dari situ baru kita tahu apa kelebihan kita yang tak ada kat dia. Setiap manusia ada kelebihan and kekurangannya sendiri. Kalau kita selalu nampak kekurangan kita di mata orang,cubala percaya yang kita tetap ada KELEBIHAN yang tersendiri. And, kita akan tahu kelebihan and kekurangan kita bila kita memerhati sekeliling kita dengan mata hati. Itulah terjadi bila gi Italy. Kalau duduk bertenggek kat Malaysia je,memang nampak macam Malaysia ni cikai je. Tapi bila pusing negara lain,baru nampak kelebihan Malaysia.huuuu. Malaysia tetap TERBAIK~~~~

Sepangjang perantauan saya,benda paling banyak and bererti yang saya dapat ialah tentang UJIAN ALLAH. FUHH!! Kalau nak cerita, almost everyday ada je dugaan dalam perjalanan saya and kakak. Kalau nak cerita,boleh buat novel agaknya.heee. Tapi sangat cantik cara Allah mendidik saya. First time dapat ujian,saya tension. Second time dapat ujian,saya tak ada mood. Third time dapat ujian,saya frust. Berulang-ulang kali Allah nak ajar saya untuk terima ujian dengan hati terbuka,and lepas dah banyak kali hadapi, baru saya dapat apa yang sepatutnya. Macam video yang Kak Jue post dulu,tentang kemanisan ujian. Allah tak pernah datangkan ujian saja-saja kat kita. Setiap ujian itu ada sebabnya. Tinggal kita je nak terus 'gali' lubang sedalam-dalamnya atau nak 'timbus' je tanah yang berlubang tu. Bila kita 'gali',mungkin kita akan jumpa sesuatu yang sangat berharga. Tapi,bila kita 'timbus',and jalan..jumpa lubang lagi,and 'timbus' lagi. So..sampai mana kita nak jalan and 'timbus' je lubang yang kita jumpa??? Dari situ saya belajar untuk redha dengan ketetapan Allah. Percaturan and perancangan Allah memang sangat cantik. Sejujurnya,saya ada terfikir..kenapa saya diuji sedahsyat ini bila berjalan berdua dengan kakak? Sebab saya tak pergi PMS tapi pergi jalan-jalan ke? WOW!! Dahsyat kan pemikiran saya.huhu. Macam buat dosa je bila berjalan sakan dengan kakak and tak pergi program. Tapi,sekarang saya sedar,aturan Allah memang TERBAIK. Allah tetapkan saya diuji dengan banyaknya sebab itulah kelemahan saya yang nyata,cuma saya je tak sedar. Dan itulah kelemahan saya yang sepatutnya saya perbaiki dari dulu lagi. Dulu,bila diuji sikit,saya mesti senyap..tak pun ceritala kat sesiapa yang saya sudi (biasanya kakakla.hee..). Tapi sekarang saya dah belajar something! Bila diuji,back to ALLAH. Kerana Allah saya diuji,dan kepada Allah sepatutnya saya sandarkan kesedihan dan kegembiraan saya. SUBHANALLAH! Pengajaran yang sangat bermakna. Nampak simple..tapi ada banyak perkara tersirat...



Bila merantau tanpa orang tua ni memang mencabar and boleh dapat banyak pengajaran. Saya belajar untuk berdikari. Belajar untuk mengurus sesuatu dengan lebih baik dan teliti. Dapat rasa betapa susahnya kehidupan orang lain yang tak dapat nak makan,susah cari makanan and terpaksa berlapar perut. dan macam-macam lagila saya dapat. Emmm...semua tu mengajar saya tentang erti kehidupan yang sebenar. So,lepas ni,rasa nak merantau lagi dan lagi.heee.. 
Haaa..satu lagi,masa BOXING DAY!! Satu benda yang TERBAIK~~ saya dapat..ialah cuba menahan nafsu.hehe. Time boxing day,memang meronta-ronta nafsu saya nak beli macam-macam. Kalau boleh..banyak lagi benda-benda murah saya nak beli. Tapi..saya cuba tahan, beli yang saya rasa penting dan sangat-sangat teringin je. Kalau tak,dah beratus kot boleh habis duit. Tak sangka betul,dengan ber'boxing' pun saya dapat something.heee :)

Dah agak panjang bercerita ni. Rasa macam buat karangan time sekolah dulu.hehe. Semoga kita dapat input dari apa yang cuba saya sampaikan. InsyaAllah kita cuba untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa. 




Antara tempat-tempat menarik  di Italy


 OK! Nak tunggu cerita orang lain pulak.heeeee ^_^

1 comment:

Saya Lerrr... said...

Salam sis..InsyaAllah wherever we are selagi kita niatkan and kawal langkah hati dan kaki kita kerana Allah,insyaAllah Allah akan reward. Hehehe..tak semestinya kita tak berpeluang join program tu Islam kita tak sempurna. Its just salah satu jalan untuk membantu menyuluh jalan dari orang2 yang pernah merasakan kemanisan jalan tarbiyah ni. InsyaAllah next time boleh join jika berpeluang. Anyway..ibrah tu ada di mana-mana kerana setiap pelusuk dunia ni milik Allah jua..^_^ Hehe..apa yg awak share pun kami dapat ibrahnya insyaAllah. jazakillah for the sharing..