Saturday 8 January 2011

UKHWAH, ILMU, ALAM.......

Assalamualikum......
maaf semua(Kak Jue, Nada, Atiqah, Husna) ni first time saya nak post dalam blog..... tak pernah dalam hayat hidup post2 dalam blog nie.....
BERDEBAR-DEBAR JANGTUNG!!!!!!!!

17 Disember 2010....selesailah sudah sesi pembelajaran di Al-Jamiaa' Birmingham untuk autum term 2010.....
Alhamdulillah dengan kehendakNYA saya dan rakan-rakan yang seiktiqad diizinkanNYA untuk menyusun langkah ke tanah halal Dublin,Galway dan Sheffield...

Ehemmmmm..........
panjang ceritanya, sukar untuk diperkatakan dan payah untuk disiratkan dengan satu perkataan...

UKHWAH...
Setiap kali apabila kita menyusun langkah, setiap kali itulah kita merancang yang terbaik buat diri kita,
namun apakan daya kudrat seorang hamba... mampukah kita menghalang kehendak Ya Rabb....

Saya ada seorang kenalan dari locality lain. Mengenali beliau sedikit sebanyak mematangkan dan menghiburkan saya, walaupun peribadinya agak unik berbanding sahabat handai yang lain. Heheheheh....
Sepanjang perjalanan saya dengan beliau, menimba pengalaman yang agak menarik kerana terasa seperti seorang KAKAK yang menjaga adiknya, setiap masa memerhati, mengawasi,dan memimpim.
Yang PALING tak boleh dilupakan dan mungkin akan sentiasa diingati kejadian di Birmingham International Airport.

PERANAN SAHABAT & SABAR 

Dua perkataan ini yang menjadi pemangkin buat diri saya dalam menunaikan HAK SEORANG SAHABAT dikala beliau kesusahan.

"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim) 


Seperti ungkapan yang sering kita dengar '"hari ini mungkin hari dia esok lusa mungkin hari kita". Bukanlah membawa erti yang sahabat kita MESTI menolong kita suatu hari nanti. Namu pertolongan Allah swt yang menjadi harapan dalam memudahkan setiap urusan di DUNIA mahupun di AKHIRAT kelak...

ILMU.....

Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu niscaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga (Shahih Al jami)

Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syorga. (HR. Muslim).

Kedua-dua hadith ini menekankan tentang keluar menuntut ilmu......
Jika dahulu.....
cendikiawan perlu berjalan berbatu-batu untuk mendapatkan ilmu
Namun hari ini.....
saya hanya perlu menghadirkan hati untuk mendapatkan ilmu tersebut kerana halaqah-halaqah atau perkongsian ilmu dalam group-group yang kecil di mana-mana di sekeliling saya...
cume antara YES or NO sahaja...........

Seronak sangat apabila dapat berkongsi sesuatu dengan SISTERS Dublin. Walaupun badan terasa lenguh, kepala terasa berat, mata separa lelap....kerana bru je menjejak kaki di Dublin
( tak de lah letih sangat sbb naek kapal terbang bukan bawak kapal terbang, hihihi)

Walaupun mungkin perkongsian kami mengenai sesuatu yang telah pernah didengari tapi kerana manusia itu PELUPA, secara tak langsung kita boleh saling mengingati dan mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lain kerana mungkin suatu hari nanti kita akan melaluinya ataupun mungkin kita boleh memberi pengajaran kepada orang lain.


ALAM.......(ni part yang paling best neh)

Saya telah diberi satu tugasan untuk memilih satu objek alam.......
tak tahu kenapa dalam banyak2 ciptaan Allah swt ini AWAN menjadi pilihan saya.....
kenapa???? di ruang kepala saya ligat memikirkan tentang kejituan, ketaatan awan makhluk ciptaan Allah swt yang sentiasa mematuhi perintahNYA.....
tempatnya sentiasa di langit, sentiasa berwarna putih walau di mana pun saya berada..... SubahanaAllah...

Rabbanaa laa tuzikh quluu banaa ba’da’ith hadzaitanaa wahablanaa milladzunkarahmah innaka antal wahhaab ((mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia))”.
                                                                                                                Qs. Al Imran (3) ayat 8

Gusar bila terfikir yang hati kita sebenarnya di pegang oleh Allah swt.... Bimbang apabila terbayang yang hidup kita yang sebenarnya hanyalah satu percaturan. YA ALLAH janganlah Engkau membiarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri dalam sekelip mata atau yang lebih singkat daripada itu sesunggguhnya Engkaulah yang lebih mengetahui........


Wassalam.......






No comments: