Sunday 9 January 2011

Jaulah Ireland December 2010


Subhanallah..segala puji bagi Allah...

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk ke bumi Ireland buat kali kedua. 




                Bertemakan 3S pada awalnya yakni sabar,senyum dan sangka baik




..cukup cantik sebagai sulaman kepada pelbagai dugaan yang kami hadapi pada awalnya. Flight tidak berlepas tepat pada masanya di mana kami terpaksa menunggu selama sejam lebih untuk berlepas. Terpaksa berulang alik mencari bus stop yang sukar untuk dikenal pasti. Flight cancel dan sebagainya. Alhamdulillah berkat kesabaran semua orang,segala dugaan dapat dihadapi dengan tenang.Itulah manisnya berjaulah jika diniatkan kerana ingin mendapat redhaNya.

Allahuakbar...sesungguhnya hanya Engkau yang berhak membuat penilaian terhadap tahapan iman kami. Aku cukup kagum melihat kematangan pemikiran adik2 tahun ini. Semoga Allah mengurniakan mereka apa yang terbaik.

Alhamdulillah Allah izinkan untuk lebih mengenali adik2 birm+warwick+leeds dengan lebih dekat. 

Hehehe...terharu mendengar luahan hati seorang adik yang sayangkan kawannya. Dari kisah itu aku muhasabah diri tentang erti sahabat yang sebenar. Bukan hanya berseronok semata-mata,namun saling tegur-menegur demi kebaikan each other. 
 

Hehehe...teringat peristiwa seorang adik ni kehilangan passport pada malam di mana esoknya kami dijangka pulang ke Birmingham. Namun dengan izin Allah flight tersebut dibatalkan dan kami dijangka pulang untuk hari berikutnya pula. 

Subhanallah...Allahuakbar...sungguh cantik susunan Allah itu. Dengan ruang ‘unplanned day’ yang Allah kurniakan itu ahli2 jaulah kami dapat sesuatu. Sahabatku bersama adik yang hilang passport tersebut dapat menyelesaikan urusan passport sementaranya.Kagum melihat ketenangan yang Allah kurniakan pada adik tersebut. Walaupun kehilangan passport itu sepatutnya menjadi tekanan besar buat dirinya,namun dia tetap tersenyum. Tabah dan redha....Subhanallah.. Dan...

Aku pula? ketika itu aku dapat merasakan sayap kananku patah. Rasa gelabah juga la bila sahabatku tiada di sisi buat sementara. Dengan menghadapi dua situasi yang amat critical. Aku harus memilih priority pada saat ini. Di sinilah kesabaranku diuji walaupun sebelum ini perkara itu sering berlaku. Namun kali ini aku harus tegas dalam tindakan untuk lebih fokus kepada yang lebih memerlukan. Hehehe..jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan.

Subhanallah...Dengan izin Allah...Allah mengilhamkan rakan-rakan dari Dublin untuk membantu mengisi sesuatu untuk unplanned day tersebut. Adik2 mula bercerita tentang diri masing2. Sweet sangat bila masing2 sebenarnya inginkan kebaikan untuk keluarga sendiri juga. Ingin mereka menerima sentuhan Islam. Semoga Allah mengilhamkan jalan terbaik untuk aku serta adik2 untuk lebih dekat kepadaNya. 

Malamnya pula ada sharing bersama kak A dan kak F. hehehe...sweetlah adik2 ni. Kehadiran kak F bercerita tentang pengalaman proses perkahwinannya cukup menarik perhatian adik-adik terutamanya seorang adik yang ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan yang sering kali bermain di mindanya.Subhanallah kagum dengan cara adik ni menghadapi tekanan bertubi-tubi dalam hidupnya. Hehehe ...serangan soalan dan usikan kepada kak A dan kak F diteruskan lagi.Macam2 soalan serta ekspressi yang mereka berikan. Sungguh berminat. Aku yang sedang membancuh air teh tersenyum sendiri. Teringat zaman2 muda ku dulu. Suka juga berbicara tentang kawen. Namun kini,zaman itu sudah berlalu. Hehe...Alhamdulillah sudah berlalu. Biarlah menjadi kenangan manis buat diri.
Hmmmm...overall..jaulah ini best...first time jaulah(huhu..entah berapa kali 1st time ni)  bukan sebab semata-mata untuk jalan2. Sungguh,kehadiran adik2 ni cukup menghiburkan dan pastinya menjadi tarbiyah buat diri ini juga.

InsyaAllah...saya  akhiri dengan tambahan S yang berikutnya...Semoga ianya menjadi titik permulaan untuk menjadi muslimah yang ideal.



Sopan
Solehah...

Semoga Allah merahmati team2 jaulah yang berusaha serta yang turut sama mendoakan perjalanan kami..Aminnn...

Wassalam....
-yang sedang bertatih tulis blog...^_^

1 comment:

Nur Syahadah said...

uhibbukumullah fillah, insyallah..