Thursday 20 January 2011

Singkapan tabir Surah An-Nas



Surah ini menceritakan tentang manusia dan syaitan serta hubungan diantara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan Allah.


Dalam surah ni dinyatakan syaitan sentiasa membuatkan hati kita was-was.

Jenis syaitan ada dua iaitu :-
1)Jin
2)Manusia(hasutan orang dan nafsu diri) 

Tapi,Allah sebut bergantunglah pada Aku...Akulah Raja Manusia,Tuhan Manusia dan yang disembah manusia sebab Aku mampu hindarkan manusia dari gangguan syaitan...

Manusia terdiri drpd 3 komponen iaitu:-
1) Akal,
2)  Hati
3) Jasad
Dan yang paling utama antara ketiga-tiga ini ialah hati..(hadis 6)

Maka,untuk lawan syaitan dan bergantung pada Allah kita kenalah memenangi hati kita sebab hati tentera syaitan. Syaitan akan serang hati kita habis-habisan.Cara untuk lawan syaitan ni pula kita kena gunakan akal sebab akal tentera Allah..gunakan ilmu yang kita ada untuk tentukan baik buruk sesuatu perkara itu. 
Sekiranya kita kurang ilmu,  timbalah ilmu dari sumber2 yang sahih dan bertanya pada yang tahu.
Untuk kuatkan hati kita dari serangan syaitan yang bertubi-tubi ni pula kita gunakan senjata zikrullah..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...Laailahaillallah...

Peperangan di antara akal dan nafsu.

Siapa yang dapat memenangi hati,dia akan dpt mengawal tindakan..kalau syaitan yang menang??
Nak memenangi hati kita kenalah belajar,menguatkan hati dengan mengingati Allah..dan kalau kita tewas pada syaitan bukan salah orang di sekeliling kita namun berbalik kepada salah diri sendiri yang rela dekatkan diri dgn syaitan..

Surah ni memberi motivasi untuk berubah kearah kebaikan dan tinggalkan jahiliyyah.Selalunya dalam proses nak berubah kita akan menghadapi pelbagai dugaan dan ketika inilah syaitan giat bekerja..

Wallahualam..

-Semoga Allah merahmati ustaz dan yang meneruskan menyampaikan rantai ilmu ini. 

No comments: