Tuesday 18 January 2011

HaNya SeKetikA...

Astaghfirullah...Astaghfirullah..Astaghfirullah...
Hanya itu kata-kata yang terkeluar dari mulut ini selepas dengar cerita dari seseorang.
Selepas berborak-borak tentang kisah sahabat..kawan saya secara tiba-tiba teringat cerita dari kawannya. Katanya, ada seorang pelajar Mesir meninggal dalam tandas sebab paip air panas bocor. Inalillah wa inna ilaihi raji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Lepas dengar je cerita tu, terus saya membayangkan diri saya di tempat pelajar tu.
Andainya saya menjadinya, adakah saya dah BERSEDIA ketika itu untuk menemui Allah? Adakah cukup setiap amalan saya selama ini? Adakah sudah terlaksana segala tugas saya di dunia?
Astaghfirullah..betapa takutnya nak menjawab semua soalan-soalan tu. Terasa sesak untuk menjawab soalan-soalan tu..kerana saya sendiri tak tahu adakah saya mampu menjawab kesemuanya tanpa RAGU. Tak dapat nak bayangkan jika saya ditakdirkan untuk pergi menemuiNya dalam keadaan terkejut..tanpa sebarang amaran dan tanda.

Dah terlalu banyak kesedaran yang Allah berikan..tapi sebagai manusia..saya just take it serious hanya untuk SEKETIKA. Itulah manusia kan..mudah lupa dan leka dengan dunia dan keadaan sekeliling. Terlalu memikirkan dunia. Sedangkan apa yang ada kat dunia ni? NOTHING!!!
Rahmat dan nikmat Allah di dunia ini hanyalah 1% sahaja sebenarnya. Mana lagi 99%??? ALLAH simpankan untuk kita di AKHIRAT KELAK! Subhanallah. Sungguh besar ganjaran Allah. Tak terbayang nikmat di akhirat kelak. Kalaulah dengan 1%, saya dah mampu hidup bahagia, mampu pergi sana sini, mampu beli itu ini...apatah lagi jika dapat 99% dari rahmat dan nikmat ALLAH!
Dunia ni dipandang sebagai sebelah sayap lalat saja di pandangan ALLAH. Betapa kecilnya dunia ni kan? Sebelah sayap lalat je..apalah sangat! Terlalu kecil dan tak bermakna. Tapi manusia..memandang dunia seluas langit! Terlalu tinggi harapan dan pandangan pada dunia..sehinggakan akhirat dipandang KECIL dan tidak dihiraukan. Dunia dikejar sejauh mungkin dan akhirat dibiarkan ke belakang tanpa menoleh sedikit pun! ASTAGHFIRULLAH.. Betapa lalainya manusia dengan nikmat Allah di dunia ni.

Ya Allah..tetapkanlah hati kami. Jangan engkau jadikan kami hamba yang tidak bersyukur padaMu. Kuatkanlah pegangan kami padaMu. Teguhkanlah iman kami padaMu dan peliharalah hati kami agar ia terus hidup sebagai benteng kami..AMEEN..

Semoga kita terus berjuang di jalan Allah dan sentiasa menuju akhirat..walaupun dunia menjadi taruhan.. INSYAALLAH!!

1 comment:

Anonymous said...

masyaAllah,masyaAllah..carbon monoxide adalah gas yang colourless,odourless and tasteless...
samalah dengan kematian,taiada apa2 rasa,andai ia mahu mengetuk pintu bilik kita tatkala kita sedang seronok pun tak mustahil kan?
jazakillah khair atas peringatan yang ADEKNADA berikan,jom kita sama2 mengambil IBRAH:)