Monday 24 January 2011

Singkapan tabir Surah Al-Ikhlas


Al-Ikhlas...hmmm...kenapa nama surah ni surah Al-Ikhlas sedangkan tiada satu kalimah ikhlas pun dlm surah ni???

Jawapannya ialah ikhlas tu adalah buah kepada tauhid..sebab tu surah ini menekankan tentang akidah tauhid kpd Allah.

Tauhid=mengEsakan Allah (ayat 1)
Tidak beranak dan tidak diperanakkan,tiada generasi maka maksudnya ialah Allah tidak mati dan tiada pewaris......bila Allah x pernah diperanakkan maka Allah itu memang wujud dan xpernah ada waktu yang Allah itu tiada...(ayat 3)

Semua ni adalah sifat-sifat yang membezakan Allah dengan makhluk-Nya..

Maka dengan akidah yang mantap pada Allah,kita akan ikhlaskan niat kita dlm semua perkara kerana Allah..dengan ini,Allah akan sentiasa membantu kita..(ayat 2)

Dengan niat yang ikhlas dan rasa takut pada Allah yang wujud dari tauhid tadi,kita akan terus istiqamah dalam amalan kita sbb takut pada kemurkaan Allah..Kita juga nak kejar redha Allah..(mardhotillah)..

Nak digambarkan betapa secret nya ikhlas ni sampai malaikat sendiri pun tak tahu. Seseorang yang ikhlas hanya dia dan Allah je tahu. (hehehe...sukar nak gambarkan kan?)

Basically,surah ini menegaskan tentang akidah yang mantap dan niat ikhlas kerana Allah dalam merubah diri ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan..Bila kita ikhlas berubah kerana Allah,maka Allah akan bantu mudahkan urusan tersebut...(sila lihat tafsir surah Al-Lail , surah ke 92).

 Wallahualam..
-Semoga Allah merahmati ustaz dan yang meneruskan menyampaikan rantai ilmu ini.


No comments: